Falling text

WelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeBlogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Tuesday, 24 March 2015

Cara-cara membuat blog

Langkah-langkah membuat blog


1.Buat akaun google bagi yang tidak mempunyai akaun google/gmail



2. Buat blog



3.Namakan blog


4.


5.



6. 



7.



8. Siap :)


Tuesday, 10 March 2015

Kelemahan menggunakan kaedah hidroponik

  • Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.
  • Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.
  • Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.

Kelebihan menggunakan kaedah hidroponik

  • Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
  • Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
  • Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
  • Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
  • Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
  • Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
  • Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram

Sejarah Hidroponik

Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk tujuan komersil.

Pengenalan Hidroponik

Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain menggantikan tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choysawikailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.