Falling text

WelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeWelcomeBlogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Monday, 9 March 2015

 
Penggunaan Teknologi Moden Dalam Bidang Pertanian


                Bagi tanaman pertanian, kacukan baka padi membolehkan padi ditanam tiga musim setahun dengan menghasilkan tuaian yang lebih banyak dan berkualiti. Padi kacukan ini tahan daripada serangan penyakit, mempunyai  butiran padi yang lebih panjang, dan besar serta matang dalam masa yang lebih singkat. Ini dapat menjamin bekalan beras yang berterusan untuk pasaran tempatan. Selain baka padi kacukan, terdapat juga tanaman buah-buahan untuk pasaran tempatan yang dikacukkan. Tanaman buah-buahan kacukan ini imun pada penyakit dan mengeluarkan hasil yang lebih banyak dalam masa yang lebih singkat.
            Penggunaan baja organik dan aplikasi bioteknologi juga menyumbang pembangunan pertanian dan meningkatkan pengeluaran bekalan makanan. Baja organik yang digunakan untuk tanaman sayur-sayur bebas daripada pencemaran baja kimia dan bahan kimia yang lain. Sayur-sayuran yang menggunakan baja organik mempunyai kadar tumbesaran yang cepat dan subur. Selain itu, penggunaan bioteknologi dalam penghasilan makanan ternakan kambing dan lembu  menggunakan hampas kelapa sawit telah berjaya menghasilkan lembu yang cepat membesar dan kurang mengandungi lemak dalam daging berbanding dengan penggunaan dedak sebagai makanan.
                Kseimpulannya, teknologi moden banyak membantu peningkatan pengeluaran makanan berasaskan pertanian.



    Teknologi moden pada abad ini :


Pengurusan ladang/kebun dengan hanya menggunakan teknologi




Kebaikan penggunaan teknologi moden dalam pertanian

1)Teknologi pertanian memiliki pelbagai kebaikan antaranya:
a)dengan teknologi ini kami dapat mengurangkan pencemaran terhadap bumi kita. Misalnya penanaman hidroponik, melalui air nutrient yang disalurkan kepada tumbuhan yang ditanam diatasnya, kita boleh mengurangkan penggunaan tanah kita yang berharga. Hal ini demikian kerana jika penggunaan tanah yang terlalu kerap akan menyebabkan tanah tandus dan dengan demikian tanah tersebut yang tidak boleh digunakan semula lagi.
b) Teknologi pertanian ini juga dapat membantu para petani untuk meningkatkan pengeluaran mereka dalam jangka masa yang pendek. Pada suatu ketika dahulu, sebelum sebarang teknologi pertanian diperkenalkan, masa yang lama diperlukan bagi mendapatkan tanaman. Namun demikian, kini pelbagai jenis tanaman dapat dinikmati oleh kita tanpa mengira musim ataupun masa.
c)Teknologi pertanian ini juga memberikan kebaikan,pelbagai jenis tanaman yang tidak dapat ditanam oleh negara kita pada masa dahulu kini dapat ditanam di negara kita. kesemua ini disebabkan oleh teknologi pertanian dalam mengubahsuai genetik tumbuhan tersebut. Sebagai contoh buah strawberi dan buah rock melon merupakan antara contoh terbaik pengubahsuaian genetik yang menyebabkan ianya dapat ditanam di negara kita. Pengubahsuaian geetik ini bukan sahaja dapat membantu dalam mempelbagaikan jenis tanaman yang boleh ditanam tetapi juga dapat meningkatkan mutu tanaman itu sendiri. Sebagai kita semua tahu, negara kita merupakan antara negara pengeluar minyak sawit yang terkenal. Negara kita mampu mengubahsuai genetik dua jenis spesies kelapa sawit untuk mendapatkan pengeluaran yang terbaik. Dua jenis spesies itu adalah, Dura sp. dan Pisifera sp kepada Tenera sp.. Dengan adanya spesies kelapa sawit ini menyebabkan pengeluaran negara kita meningkat. Oleh itulah kebaikan dengan adanya teknologi dalam pertanian.

Keburukkan penggunaan teknologi moden dalam pertanian

Jika ada kebaikan tentu ada keburukan dalam penggunaan teknologi pertanian:
1) terdapat dikatakan bahawa kebaikan teknologi pertanian adalah tanpa pencemaran, tetapi itu hanya tertakluk kepada penanaman hidroponik ataupun aeroponik sahaja. Sebenarnya dalam penerapan teknologi dalam pertanian, mesin dan jentera akan terlibat kerana mereka telah ditugaskan untuk mengumpulkan hasil pertanian yang telah matang. Dalam proses pengumpulan jentera akan mengeluarkan asap dan ini telah menyebabkan pencemaran udara.
2) Selain itu, pengubahsuaian genetik makanan tersebut memang dapat mendatangkan banyak manfaat kepada negara kita dan juga pengeluar(petani) tetapi bagi kita sebagai pengguna kita tidak akan tahu keburukannya. Hal ini demikain kerana sebagaimana sehingga kini, tiada sesiapa yang tahu keburukan atau kesan makanan yang genetiknya diubah. Dengan itu tiada jaminan bahawa pada masa akan datang makanan yang dimakan oleh kita akan menyebabkan atau mendatngakan pelbagai jenis masalah.

1 comment: