Bentuk muka bumi Malaysia yang pelbagai telah menyebabkan berbagai aktiviti dapat dijalankan dinegara Malaysia. Antaranya ialah aktiviti pertanian. Ini kerana pertanian amat berkait rapat dengan jenis tanih dan bentuk muka bumi di sesebuah kawasan.Di bawah ini disenaraikan beberapa jenis tanaman yang dijalankan di Malaysia mengikut keadaan bentuk muka bumi.
Kawasan penanaman utama padi sawah di Semenanjung Malaysia ialah di Dataran Kedah, Delta Kelantan, Daerah Kerian dan Seberang Perak. Manakala kawasan penanaman padi sawah di Sabah ialah di Papar, Tuaran dan TambunanKawasan Tanjung Karang, Selangor, Delta Rajang,bahagian hilir Sungai Lupar,dan Sungai Saribas, Sarawak. · Tanah pamah rata dan bersaliran buruk. ![]() · Tanih alluvium yang subur. · Suhu tinggi. · Hujan tahunan. · Permintaan yang tinggi. · Tenaga buruh ramai. · Sistem jalan raya yang baik. · Teknik moden · Peranan, galakan dan usaha – usaha kerajaan. |
![]() ![]()
Pokok getah merupakan tanaman yang diusahakan di kawasan tanah pamah, kawasan yang beralun serta di kawasan lereng-lereng bukit. Tanih yang sesuai untuk tanaman getah ialah tanih jenis laterit. Tanaman getah memerlukan saliran yang baik. Malaysia merupakan pengeluar getah asli utama dunia selain negara Indonesia dan Thailand. Getah merupahan pertanian eksport yang ke-4 selepas Kelapa sawit, koko dan padi Johor merupakan pengeluar utama getah
|
![]() | ![]() | ![]() |
Teh merupakan tanaman yang dijalankan di kawasan tanah tinggi. Ini kerana pokok teh boleh hidup dengan subur di kawasan yang mempunyai iklim yang sederhana iaitu sekitar 18 ºC. Teh di tanam di kawasan tanah tinggi yang mempunyai tanih jenis laterit. Kawasan utama penanaman teh di Malaysia ialah di Cameron Highland dan di Sabah pula teh di tanam di Kundasang.
|
No comments:
Post a Comment